Revolusi Pendidikan Sri Sedaya

Wahai pelajar, insan teristimewa,
Alam anda bagaikan bunga bermekar,
Cabaran anda sentiasa bebanan manis,
Ayuh pelajar, hadapankan langkah anda menuju kejayaan.
Dari pagi hinggalah ke malam,
Perjuangan anda tiada titik tolaknya,
Ilmu ditimba, pengalaman dicari,
Ayuh pelajar, buktikan Revolusi Pendidikan anda.
Pelajar, harapan ibu & bapa,
Pelajar, harapabn nusa & bangsa,
Titisan peluh anda penuh bermakna,
Pelajar, buktikan kepada dunia siapa anda.
Pelajar,
Anda mampu mengubah nasib,
Anda mampu mencipta perubahan,
Oleh itu marilah wahai pelajar,
Tingkatkan usaha sekarang, agar sejarah dicipta masa hadapan.
Pelajar,
Sebenarnya anda adalah harapan sekolah,
Paradigma aset yang penuh bermakna,
Jangan abaikan tanggungjawab asas anda,
Tuntutlah ilmu, tuntutlah ilmu, itulah dasar anda.
Entah siapa pemangkin Sri Sedaya,
Tapi hari ini Sri Sedaya wujud untuk anda,
Pelajar, pelajar, sedarlah siapa sebenarnya anda,
Anak watan Sri Sedaya, pemimpin masa depan.
Jumpa anda di puncak kejayaan & kegemilangan.
Valid CSS! Valid XHTML 1.0 Transitional